Font Size

SCREEN

Profile

W3C Panel

Iklan Permohonan Kemasukan Ke TEVT Dan ILKA 2012

Permohonan Kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT-POLITEKNIK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi pengambilan Julai 2012 dibuka mulai 9 Januari 2012 dan akan ditutup pada 2 April 2012. Pemohon yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti program di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma & Diploma Lanjutan ke TEVT (Politeknik) dan ILKA.

 

iklan permohonan2

 
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TEVT & ILKA
-------------------------------------------------------

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut :-

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
  • POLITEKNIK
  • KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun - Malaysia (JMTI)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
CIAST, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
  • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

 

 

PANDUAN PERMOHONAN
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

 

 

Kategori

Keterangan

Kategori A

Pemohon Lepasan SPM 2011

Kategori B

Pemohon Lepasan SPM tahun 2010 atau 2009

Kategori C

Pemohon Lepasan SPM tahun 2008 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA

Kategori D

Pemohon menggunakan keputusan 
SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010 atau,
SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau,
SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011.

 

  • Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih [ KLIK DI SINI ]
  • Calon yang telah mengemukakan permohonan pada Fasa 1 WAJIB mengemukakan PERMOHONAN FASA 2.
  • Calon yang telah LUPA KATA LALUAN yang telah diisi semasa Fasa 1 boleh mengisi kata laluan baru di menu PERMOHONAN .

 

SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

 

  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda.
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  • Anda WAJIB memasukkan SALAH SATU MAKLUMAT bagi ruangan yang bertanda (**)
  • Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan.
  • Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

 

SELEPAS MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

 

  • Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  • KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda dilaman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

 

 

Hubungi Kami

Kolej Komuniti Taiping
Kementerian Pendidikan Malaysia
No 25, Laluan Kamunting 3
Bandar Kamunting
34600 Kamunting
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-891 1867
Faks : 05-805 1946

Statistik Pelawat

024370
Hari IniHari Ini97
SemalamSemalam126
Minggu IniMinggu Ini368
Bulan IniBulan Ini1466
KeseluruhanKeseluruhan24370

Kemaskini Terakhir
02-04-2014